Mohd Azmawi bakal laksana janji pada rakyat – Zambry

Zambry ketika berucap di Majlis Malam Alumni Universiti Awam 2024 di WTC KL. FOTO oleh AMIR KHALID

Zambry ketika berucap di Majlis Malam Alumni Universiti Awam 2024 di WTC KL. – FOTO oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bakal melaksanakan tugasnya dengan baik selepas diberi kepercayaan oleh rakyat.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Mohd Azmawi Fikri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan memperoleh undi majoriti yang besar sebanyak 3,372 undi

“Saya percaya beliau akan melaksanakan tanggungjawab seperti mana yang telah beliau janjikan dan laksanakan sebagai wakil rakyat berkesan di Gua Musang khususnya Nenggiri.

“Saya selaku Setiausaha Agung BN bersyukur kerana di sebalik itu ada tanggapan  amat sukar BN untuk memenangi khususnya di Kelantan, tetapi kami bertindak dengan penuh keinsafan, sebagai ‘underdog’ tanpa meletakkan sesuatu yang tinggi serta berlebihan daripada segi pendekatan.

“Paling mustahak, gerakan tersusun dilakukan jentera BN tanpa menceritakan secara berbangga diri berbeza dengan parti Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Malam Alumni Universiti Awam 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) malam tadi.

Mohd. Azmawi menang dengan majoriti 3,352 undi bagi menewaskan calon PN, Mohd. Rizwadi Ismail selepas memperoleh undian 9,091 undi, manakala Mohd. Rizwadi memperoleh 5,739 undi. -Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *