Melecur disambar ledakan api

WhatsApp Image 2025 03 03 at 10.01.20 AM

Seorang kanak-kanak lelaki melecur di bahagian muka akibat terkena ledakan api dapur gas dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas dalam kejadian di Kampung Berungis, Tuaran petang semalam. -Foto JBPM

TUARAN – Seorang kanak-kanak lelaki melecur pada bahagian muka selepas terkena ledakan api dapur dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas dalam kejadian di Kampung Berungis petang semalam.

Mangsa berusia 10 tahun berkenaan cedera melecur pada muka dan kini menerima rawatan di Hospital Tuaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.32 petang.

“Orang awam telah menghantar mangsa ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati ledakan api dapur gas dipercayai berpunca daripada kebocoran salur gas,” katanya.- https://amiminerals.org/