Melawak jangan sampai sentuh sensitiviti agama – Nur Jazlan

IMG 20250308 WA0029

Nur Jazlan pada Program Outreach Ihya Ramadan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru. – Foto oleh BAAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Tindakan terhadap tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersendakan upacara agama Hindu dalam satu video tular dikenakan kerana menyentuh sentimen agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penyampai radio tersebut perlu tahu batas kerana Malaysia tidak mengamalkan kebebasan bersuara secara total seperti di barat.Katanya, tindakan yang dikenakan tersebut perlu kerana sudah melampaui batas dan tidak boleh sewenang-wenangnya dipandang remeh kerana menyentuh sensitiviti kaum lain selain terikat dengan undang-undang.“Kalau hendak buat lawak pun jangan sampai sensitiviti kaum di sentuh, (tindakan terhadap tiga penyampai radio Era FM) jadi pengajaran. Akhirnya kalau mereka dikenakan tindakan, ia menjadi satu pengajaran untuk yang lain (supaya) jangan buat.“Kena faham batasan, sebab itu kadang-kadang kalau kita hendak ikut cara barat ‘free speech’ hingga boleh cakap apa pun, dekat malaysia tidak boleh. Kita ada 3R, kita ada Akta Hasutan, semata-mata untuk menjamin keamanan antara kaum dan agama di negara,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sidang akhbar pada Program Outreach Ihya Ramadan, dialog dengan mahasiswa, agihan bubur lambuk dan program berbuka puasa di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini semalam. – https://amiminerals.org/