Mayat warga emas berdarah dalam kereta

WhatsApp Image 2024 09 04 at 22.49.35

Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta dalam kejadian di tempat letak kereta berhadapan sebuah kedai di Kingfisher semalam.- Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam kereta di tempat letak kenderaan berhadapan sebuah kedai di Kingfisher di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa berusia 64 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring dan berdarah di dalam kenderaan terbabit sebelum orang awam menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), mengesahkan kematian mangsa.

“Siasatan di tempat kejadian menunjukkan tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan sebagai kematian mangsa,”katanya dalam kenyataan hari ini.-https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *