Mayat pekerja kapal jatuh sungai ditemui terapung

WhatsApp Image 2024 12 16 at 3.59.12 PM e1734338089386

Pasukan SAR membawa mayat mangsa ke Terminal Sejingkat, selepas dijumpai terapung pada jarak empat kilometer dari KPB.

KUCHING – Mayat seorang lelaki warga Myanmar yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Terminal Sejingkat, di sini, semalam ditemui terapung, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Win Kyaw Paik, 49, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 10.14 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai pada jarak empat kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, katanya operasi SAR hari ini, yang memasuki hari kedua dimulakan pada pukul 6.30 pagi dengan pencarian dilakukan secara permukaan air pada radius sehingga dua kilometer di hilir sungai selain tinjauan udara menggunakan dron oleh Pasukan Gerakan Udara, PDRM.

Mangsa yang merupakan pekerja kapal dilaporkan hilang selepas terjatuh ke sungai semasa melalui jambatan menuju ke kapal jenis muatan kontena kira-kira pukul 12.01 tengah malam semalam. – https://amiminerals.org/