BALING – Dua lelaki yang mahu memasang pukat terkejut apabila menemui satu mayat terapung di Sungai Muda berhampiran Kampung Lengkuas dalam mukim Teloi Kanan, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.
Menurut Mohd Nazar Yusuf, 48, dia ternampak mayat lelaki itu ketika sedang mengayuh sampan bersama seorang rakan kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.
“Kami ternampak satu benda berwarna merah dan terapung dalam sungai. Selepas mengamatinya kami terkejut apabila mendapati ia mayat sebelum memaklumkannya kepada orang kampung dan pihak polis,”katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, identiti mayat yang ditemui tersangkut pada rumput di tebing sungai tersebut masih belum dikenal pasti. – https://amiminerals.org/