Mayat lelaki terapung berhampiran jeti ikan

WhatsApp Image 2025 01 18 at 3.30.48 PM

Mayat lelaki tanpa baju ditemui terapung di laut berhampiran Jeti Pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan malam tadi. Foto Ihsan Media Sosial

SANDAKAN – Mayat lelaki tanpa baju ditemukan terapung di laut berhampiran Jeti Pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan malam tadi.

Mayat yang hanya berseluar jeans paras lutut itu dijumpai orang awam sebelum menghubungi polis kira-kira pukul 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi penemuan dan identiti mangsa sudah dikenal pasti iaitu warga asing berusia 35 tahun dan bekerja sebagai buruh kasar di Jeti Pasar Ikan.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut berikutan hasil siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan kianat terbabit dalam kes ini,”katanya. – KOSMO ONLINE