Mayat lelaki dijumpai terapung di Tambatan Diraja

mayat terapung

Anggota APM membawa mayat seorang lelaki ke tebing selepas dijumpai terapung di Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja, Kota Bharu, hari ini. – Foto IHSAN APM

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang lengkap berpakaian dijumpai dalam keadaan terapung di Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja, di sini, hari ini, kira-kira pukul 6 petang tadi.

Ketua Petugas Angkatan Pertahan Awam (APM) Kota Bharu, Sarjan Abdul Aziz Ariffin berkata, seorang remaja perempuan bersama bapanya memaklumkan mereka melihat orang hanyut semasa dia sedang bertugas di kawasan Tambatan Diraja.

“Saya menghidupkan enjin bot dan keluar bersama empat lagi anggota untuk mengangkat mayat mangsa. Pemeriksaan mendapati, mayat itu terapung kerana mangsa memakai jaket tebal,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Abdul Aziz memberitahu, pihaknya menyerahkan mayat itu kepada polis untuk tindakan lanjut. – https://amiminerals.org/