Masih wujud elemen pembaziran – KSN

WhatsApp Image 2024 09 10 at 4.17.10 PM

Shamsul Azri menyampaikan amanat pada Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 di Puspanitapuri, Putrajaya, hari ini. – Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengakui masih wujud budaya pembaziran makanan pada setiap majlis anjuran agensi, jabatan dan kementerian.

Teguran itu dibuat Shamsul Azri ketika menyampaikan amanat pada Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, budaya pembaziran itu dilihat tidak memberikan pulangan nilai untuk wang yang telah dilaburkan.

“Kita buat majlis besar-besaran, tapi tidak memberikan pulangan nilai untuk wang yang dilaburkan. Selain itu, kelihatan banyak juga pembaziran makanan pada setiap majlis yang diadakan,”katanya.

Katanya, beliau mendapati penjawat awam mudah berasa selesa dengan apa sedia ada dan ia terjadi kerana kurangnya penghayatan terhadap nilai-nilai yang menunjangi sebagai seorang insan.

Justeru, katanya, selaras aspirasi baharu, ‘Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam’ yang ingin dibawanya, isu pembaziran itu telah diletakkan di bawah lima bidang keberhasilan reformasi di bawah agenda baharu itu.

Shamsul Azri berkata, di bawah ‘Penghayatan Nilai dan Tatakelola’, beliau akan memastikan perbelanjaan wang awam dibuat secara berhemah.

Menurutnya, pengawalan sumber melalui amalan penjimatan dan larangan pembaziran perlu dilakukan segera. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *