KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu kian baik dengan Besut menjadi daerah pertama pulih sepenuhnya sebentar tadi.
Semua 315 mangsa daripada 66 keluarga yang sebelum ini berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mangsa banjir di negeri ini kini tinggal 15,767 orang daripada 3,975 keluarga yang berada di 59 PPS di tujuh daerah kecuali Besut.
“Kuala Nerus merupakan daerah paling terjejas dengan 6,404 mangsa daripada 1,679 keluarga masih berada di 15 PPS.
“Seramai 5,628 mangsa daripada 1,388 keluarga pula ditempatkan di 20 PPS di Dungun,”katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, sebanyak sembilan PPS yang mempunyai 2,895 mangsa daripada 709 keluarga masih dibuka di Kuala Terengganu.
Beliau berkata, Hulu Terengganu mempunyai 466 mangsa daripada 121 keluarga yang berada di tujuh PPS.
“Seramai 169 mangsa daripada 30 keluarga masih berlindung di empat PPS di Setiu.
“Tiga PPS beroperasi di Marang dengan 192 mangsa daripada 44 keluarga ditempatkan,”katanya.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Kemaman pula hanya tinggal 13 mangsa daripada empat keluarga yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh. – https://amiminerals.org/