PETALING JAYA – Seramai 3,594 mangsa banjir terdiri daripada 1,001 keluarga direkodkan pada pagi ini, menurun berbanding petang semalam yang mencatatkan seramai 5,555 orang.
Negeri yang terjejas adalah Kelantan, Kedah, Melaka, Johor, Sabah dan Perak.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 2,006 orang daripada 537 keluarga.
Kedah berada di tempat kedua dengan 908 mangsa daripada 263 keluarga diikuti Johor dengan 396 mangsa daripada 118 keluarga.
Perak mencatatkan 131 mangsa daripada 45 keluarga, sementara Melaka pula merekodkan bilangan mangsa seramai 92 orang daripada 23 keluarga.
Dalam pada itu, Sabah merekodkan bilangan mangsa paling rendah iaitu 61 orang daripada 15 keluarga.
“Sebanyak 28 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi setakat pagi ini,” katanya. – https://amiminerals.org/