Mangsa banjir digesa segera berpindah – Ayob Khan

WhatsApp Image 2024 12 10 at 4.34.29 PM

Ayob Khan (kiri) mendengar taklimat banjir daripada Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan di Taman Rakyat Teluk Kalong, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Mangsa banjir diingatkan agar segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebaik rumah mereka dinaiki air.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan melengah-lengahkan pemindahan bukan hanya membahayakan nyawa mereka malah pasukan penyelamat.

Beliau berkata, operasi memindahkan mangsa banjir terutamanya pada waktu malam amat merisikokan pasukan penyelamat.

“Kita sentiasa ingatkan masyarakat, kalau sudah diberi arahan untuk pindah, pindahlah untuk keselamatan.

“Kalau lambat berpindah, ia akan menjejaskan operasi menyelamat dan membahayakan nyawa mereka dan keluarga serta pasukan penyelamat yang dihantar ke lokasi,”katanya di Taman Rakyat Teluk Kalong di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, arahan berpindah tersebut diharap perlu dipatuhi tanpa perlu dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut menasihatkan penduduk di daerah ini supaya berwaspada dengan amaran hujan lebat dan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku malam ini. – https://amiminerals.org/