PETALING JAYA – Seramai 11,451 mangsa banjir terdiri daripada 3,453 keluarga direkodkan pada pagi ini, menurun berbanding petang semalam yang mencatatkan seramai 21,039 orang.
Negeri yang terjejas adalah Kelantan, Kedah, Johor, Melaka, Terengganu, Perak, dan Pahang.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 7,394 orang daripada 2,248 keluarga.
Kedah berada di tempat kedua dengan 3,011 mangsa daripada 913 keluarga diikuti Johor dengan 508 mangsa daripada 149 keluarga.
Melaka pula mencatatkan 123 mangsa daripada 32 keluarga, manakala Terengganu merekodkan 276 mangsa daripada 64 keluarga.
Perak mencatatkan 126 mangsa daripada 43 keluarga, sementara Pahang merekodkan bilangan mangsa paling rendah iaitu 13 orang daripada empat keluarga.
“Sebanyak 61 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi setakat pagi ini,” katanya. – https://amiminerals.org/