Mandarin Oriental KL diiktiraf hotel lestari

pix mandarin oriental

Sebahagian daripada pengurusan kanan dan kakitangan Mandarin Oriental, KL menunjukkan sijil yang diterima baru-baru ini.

PETALING JAYA – Mandarin Oriental, Kuala Lumpur (KL) telah diiktiraf sebagai hotel lestari susulan penilaian yang dibuat oleh Control Union (Malaysia) Sdn. Bhd. sebuah badan pensijilan bertauliah GSTC.

GSTC adalah sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global yang bertanggungjawab dalam menguruskan standard untuk kelestarian dalam bidang pelancongan dan pengembaraan.

Pensijilan ini adalah untuk menghargai komitmen berterusan pihak hotel dalam inisiatif kelestarian sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri hospitaliti.

Pengurus Besar Mandarin Oriental, Kuala Lumpur Martin Schnider berkata, pihaknya begitu komited melaksanakan inisiatif ini sejak dua dekad lalu.

“Kami juga komited untuk melihat hasil daripada inisiatif kami itu yang akan memberi kesan positif untuk jangka panjang.

“Pensijilan ini menghargai dedikasi kami terhadap tanggungjawab untuk hospitaliti mewah yang mana setiap penginapan akan menyumbang kepada lebih kelestarian pada masa depan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Schnider menerangkan, melalui penyediaan penyelesaian seperti penghapusan plastik sekali guna, sumber yang bertanggungjawab dan juga melabur dalam program berteraskan komuniti pihaknya akan memastikan pengunjung di hotel ini menikmati perkhidmatan yang mewah bertaraf dunia. -https://amiminerals.org/