PETALING JAYA – Filem aksi terbaharu, Blood Brothers bukan sahaja mencuri tumpuan kerana jalan ceritanya yang mendebarkan, malah wajah kacak barisan pelakon turut menjadi topik hangat netizen di media sosial.
Lebih mencuit hati ialah gelombang komen-komen berunsur geli dan lucu yang ditinggalkan oleh peminat hingga ada yang mendakwa ‘pecah air ketuban’ gara-gara terlalu ‘teruja’ melihat wajah aktor utama termasuklah Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Andy Teh serta Irfan Zaini.
“Mamu punya handsome (kacak) tu sampai tahap rasa nak pecah air ketuban,” kata Mia Bella ketika menonton video gelagat spontan Sharnaaz Ahmad ketika mempromosikan filem terbaharunya itu.
“Alahai, sejak nampak Malik dalam filem Blood Brothers, hari-hari ‘stalk’ Instagram dia. Moga berjodoh dengan lelaki seperti Malik atau berjambang lebat,” ujar Suraya.
“Andy Teh kali ini memang kacak lain macam. Walaupun dia jahat, tetap fall in love (jatuh cinta),” komen Syafinaz.
“Mak saya suruh tutup TV sebab dia takut jatuh cinta lagi walaupun dah tiga kali kahwin,” seloroh Nadya. – https://amiminerals.org/