Malaysia perhati rapat dasar ekonomi baharu Amerika Syarikat

WhatsApp Image 2024 11 11 at 1.46.47 PM

Amir Hamzah (empat dari kanan) hadir merasmikan \’Propelling Malaysia Forward Conference 2024 – Penang Series\’ di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Malaysia memerhati rapat dasar ekonomi baharu yang mungkin akan dikeluarkan oleh Amerika Syarikat selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden negara berkenaan, baru-baru ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Malaysia turut berharap polisi-polisi yang bakal diperkenalkan Amerika Syarikat akan terus merancakkan ekonomi dunia.

“Malaysia mengucapkan tahniah kepada beliau (Donald Trump) yang menang pilihan raya di Amerika Syarikat baru-baru ini, tapi peralihan kuasa ini akan berlaku sehingga Januari tahun depan dan pada masa kini beliau sedang membina Kabinetnya. Sementara itu, kita juga akan melihat polisi-polisi baru yang akan keluar dari Amerika Syarikat.

“Kita berharap polisi-polisi ini akan terus merancakkan ekonomi dunia. Malaysia negara yang ekonomi adalah yang pelbagai dan kita yakin akan dapat terus menjana pertumbuhan yang kuat,” katanya selepas merasmikan ‘Propelling Malaysia Forward Conference 2024 – Penang Series’, anjuran Affin Bank di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Donald Trump menang sekali lagi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) apabila berjaya memperoleh 270 undi elektoral. Beliau memenangi 270 undi elektoral sekali gus melayakkannya menjadi Presiden Amerika Syarikat untuk kali kedua selepas mencabar jawatan itu pada tahun 2017 hingga Januari 2021.

Dalam perkembangan lain, Amir Hamzah berkata, satu akta baharu berhubung pinjaman wang yang ditawarkan oleh institusi bukan bank akan dikeluarkan pada tahun depan. -https://amiminerals.org/