PETALING JAYA – M K Land Holdings Berhad (M K Land) telah meraih dua anugerah berprestij di Malaysia Public Relations Awards (MPRA) 2024 yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Anugerah dalam dua kategori utama itu terdiri daripada Anugerah Penggunaan Kandungan Media Sosial Terbaik – Bagi penyertaan bertajuk Building M K Land’s Digital Footprint from Scratch oleh Penolong Pengurus Digital Media, Kumpulan Komunikasi Korporat, Khaidir Kamaruzzaman.
Anugerah kedua pula adalah untuk kategori penjenamaan korporat yang bertajuk M K Land:
Rebuilding a Legacy, Elevating the Brand”oleh Penolong Pengurus Penjenamaan Strategik, Kumpulan Komunikasi Korporat, Hazirah Izham.
Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Operasi M K Land, Nazri Tumin berkata, anugerah ini melambangkan evolusi M K Land sepanjang tahun ini.
“Kemenangan dalam kategori Penggunaan Kandungan Media Sosial Terbaik adalah amat bermakna bagi kami.
“Bermula tanpa sebarang jejak digital, kami telah berjaya membina kehadiran dalam talian yang berdaya saing dan mampu memberi impak yang dapat memperkuatkan lagi suara kami di platform digital, dan sekali gus mengukuhkan lagi pembabitan kami bersama komuniti, serta mempamerkan visi kami untuk terus mencapai kemampanan dan pertumbuhan Kumpulan,”katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Beliau menambah, penyertaan yang memenangi anugerah ini membuktikan dedikasi syarikat terhadap kemajuan dan transformasi M K Land. -https://amiminerals.org/