KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menahan seramai 41 warga asing dalam operasi yang dijalankan di kawasan tumpuan sekitar ibu negara, semalam.
Operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu bertujuan membanteras kegiatan penjajaan haram warga asing di Lorong Haji Taib, Chow Kit dan Jalan Berangan, Bukit Bintang.
DBKL dalam kenyataannya berkata, sebanyak 15 kes sitaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016.
“Daripada jumlah itu, 13 tindakan dikenakan ke atas penjaja warga asing, manakala dua lagi penjaja tempatan.
“Dua notis kompaun turut dikeluarkan terhadap premis yang didapati menggajikan warga asing tanpa kebenaran,”katanya hari ini.
Tambahnya, kesemua yang ditahan terdiri daripada 30 lelaki dan 11 wanita. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tujuan dokumentasi. – https://amiminerals.org/