Luahan Pembaca: Selepas 20 tahun Perlis bakal ada panggung wayang?

WhatsApp Image 2025 05 01 at 16.17.05

ORANG ramai tidak perlu lagi ke Aman Sentral di Alor Setar selepas sebuah pusat beli belah sedang dalam pembinaan di Kangar Jaya, Kangar.

SAUDARA PENGARANG,

PERLIS bakal mempunyai sebuah pusat beli-belah baharu bertempat di Kangar Jaya, Kangar. Sebagai anak jati di negeri ini, rasa teruja dan tidak sabar menantikan pembukaan pusat beli-belah yang dikatakan terbesar di negeri ini.

Cuma, apa yang saya harapkan adalah agar pusat beli-belah tersebut dapat menampilkan kelainan dengan operasi yang lebih rancak. Paling kurang setanding pusat beli-belah di Alor Setar iaitu Aman Central.

Kelainan itu penting bagi menarik ramai pengunjung bukan sahaja dalam kalangan rakyat negeri ini tetapi juga pelancong luar.

Jika tiada elemen baharu termasuk premis makanan dan pakaian daripada jenama terkenal, mungkin sukar untuk menarik minat orang ramai berkunjung ke situ.

Saya difahamkan, satu elemen baharu yang ditawarkan adalah panggung wayang.

Ia bagaikan satu sejarah apabila selepas lebih 20 tahun, rakyat Perlis bakal mempunyai panggung wayang.

Jika benar-benar menarik, penduduk Perlis tidak perlu lagi memandu sehingga ke Alor Setar semata-mata untuk membeli-belah dan ‘healing’ di Aman Central.

Afya
Kangar