KULAI – Kerja-kerja pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara-Selatan laluan Sedenak-Kulai dijangka dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerja-kerja laluan bagi Fasa 1-Pakej A dijalankan bermula Julai lalu dan akan berterusan sehingga suku kedua 2025 untuk arah selatan sebelum beralih ke utara.
“Kerja-kerja pembinaan dibuat secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya pada 2027,”katanya ketika melakukan projek pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara-Selatan laluan Sedenak-Kulai, hari ini.
Menurut beliau, kerja-kerja pembinaan lorong tambahan bagi Fasa 1-Pakej B dari Kulai ke Senai Utara dijangka siap pada Januari 2028.
Fasa 2 pembinaan tersebut melibatkan laluan dari Sedenak ke Simpang Renggam dijangka bermula pada suku kedua tahun hadapan dan diteruskan dari Simpang Renggam ke Machap.
Ketika ditanya kerja-kerja pembinaan pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina dan Aidilfitri tahun depan, Ahmad Maslan berkata, pihaknya sudah membuat perancangan tidak akan melibatkan penutupan sehingga Jun dan akan selesai sebelum perayaan pada tahun berikutnya. – https://amiminerals.org/