KUALA LUMPUR – Satu lubang besar terjadi ekoran kejadian longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi di sini, semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan kerja-kerja baik pulih kira-kira pukul 10 malam tadi.
“DBKL mengambil maklum mengenai longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.
“Langkah awal seperti pemasangan tali keselamatan, ‘water barrier’ dan kon di kawasan kejadian kira-kira jam 10 malam tadi,” katanya.
Jumaat lalu, media melaporkan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri terjatuh ke dalam tanah jerlus berhampiran Masjid India, di sini. -Iteenews.