\’Little Danok’ Langkawi tawar layanan istimewa GRO

WhatsApp Image 2024 08 26 at 4.48.03 PM 1

Antara wanita Thailand yang ditahan atas pelbagai kesalahan.

ALOR SETAR – Sebuah pusat hiburan yang menawarkan layanan istimewa wanita warga asing ala ‘Little Danok’ diserbu Jabatan Imigresen (JIM) Kedah pada semalam.

Dalam serbuan Op Gegar di bangunan kedai dua tingkat kira-kira pukul 11.30 malam itu, seramai 33 warga asing ditahan.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, serbuan melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Unit Risikan dan Operasi Bahagian Penguat Kuasa JIM negeri.

“Lokasi premis yang berada di tengah pusat bandar ini adalah strategik bagi menarik pengunjung lelaki yang inginkan ‘layanan istimewa’. Seramai 43 individu terdiri daripada 20 lelaki dan seorang perempuan tempatan serta 21 perempuan dan seorang lelaki warga asing diperiksa dalam siri Ops Gegar ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 21 orang yang terdiri daripada wanita Thailand berusia antara 19 hingga 38 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut membuat pemeriksaan di beberapa lokasi lain dan berjaya menahan seramai 12 warga asing pelbagai warganegara di pulau peranginan itu.

“Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan berselindung di sebalik pusat hiburan di kawasan tumpuan pelancong.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah pelanggaran syarat pas, tiada dokumen pengenalan diri sah, kesalahan tinggal melebihi masa serta lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” ujarnya. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *