Lima individu di pub Bukit Bintang didenda RM1,200

kompleks mahkamah

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara merusuh di pusat hiburan di Bukit Bintang tahun lalu, lima iwarga asing termasuk seorang wanita didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap tiga lelaki warga Algeria, Mouaad Lazib, 26, Haithem Nouaouia, 29, dan Yasin Nasah, 22; seorang lelaki Syria, Abdal Glel serta seorang wanita Morocco, Oumaima Mallas, 26,.

Mahkamah menjatuhkan hukuman selepas kesemuanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atas mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama telah berhimpun dan mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri dengan menggunakan kekerasan.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini, pukul 5.50 pagi pada 23 Disember tahun lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa memohon semua tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar mereka tidak mengulangi kesalahan sama.

Bagaimanapun, peguam, Erickka Farrise Amir yang mewakili semua tertuduh, merayu anak guamnya dikenakan hukuman minimum. – https://amiminerals.org/