Lelaki Russia ceroboh kem tentera didenda RM1,000

WhatsApp Image 2024 12 23 at 5.24.33 PM

Kem Perdana Sungai Besi, Cheras. – GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Gara-gara menceroboh sebuah kem tentera, seorang lelaki warga Russia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Zakharov Ilia, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama sebulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pencerobohan dengan berada dalam kawasan larangan Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, pukul 4.50 petang pada 14 Disember lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Bagaimanapun peguam P. Suthes yang mewakili Zakharov memohon mahkamah memberikan hukuman denda atas alasan anak guamnya merupakan seorang pelajar sebuah universiti swasta di ibu kota. – https://amiminerals.org/