Lelaki rentung dalam kebakaran rumah

KEBAKARAN RUMAH RENTUNG

SEORANG lelaki rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru Liman Kati, Kuala Kangsar hari ini. – Foto IHSAN JBPM

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru Liman Kati di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ng Hock Peng berusia 36 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 1.10 pagi.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C yang musnah terbakar dianggarkan sebanyak 90 peratus

“Operasi segera dijalankan dengan menggunakan tiga aliran hos dari tangki jentera dan pili bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Pemeriksaan di dalam kediaman itu menjumpai seorang lelaki rentung di ruangan dapur, dipercayai terperangkap ketika kebakaran,”katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang disertai 18 anggota dari BBP Kuala Kangsar dan BBP Lenggong itu tamat pada pukul 2.15 pagi,”katanya. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *