Lelaki rentung dalam kebakaran kereta

WhatsApp Image 2024 08 06 at 10.07.08 cfc48557

KEADAAN kereta Honda City yang rentung dalam kebakaran mengorbankan seorang lelaki di Teluk Intan semalam. Foto JBPM

TELUK INTAN – Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Teluk Intan-Kuala Bikam di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 10.35 malam.

Katanya, sepasukan 12 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian bersama dua jentera.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Honda City membabitkan kemusnahan 98 peratus di mana terdapat seorang mangsa yang rentung akibat kebakaran tersebut.

“Pasukan kemudian membuat pemadaman dengan menggunakan aliran air sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ismail berkata, mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *