JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Palestin antara 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberkas dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas lapan premis perniagaan di Taman Abad di sini, Jumaat lalu.
Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, mereka ditahan menerusi Ops Selera, Ops Jaja, Ops Belanja, Ops Kutip, Ops Dandan serta Ops Kutip yang dijalankan serentak bermula 8.10 malam.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan itu diambil susulan aduan awam berhubung warga asing yang bekerja tanpa pas atau permit serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
“Mereka yang ditahan adalah tujuh lelaki warganegara Pakistan, tiga lelaki dan tiga wanita warganegara Indonesia, tiga lelaki warganegara India dan empat lelaki warganegara Bangladesh.
“Manakala masing-masing seorang lelaki warganegara Myanmar, Singapura dan Palestin. Mereka masing-masing berumur 20 tahun hingga 53 tahun.
“Lelaki Palestin yang diberkas merupakan peniaga shawarma,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Rusdi berkata, kesemua warga asing yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 11(7)(a) Peraturab-peraturan Imigresen 1963 iait salah guna Pas Lawatan Sosial (PLS).
Jelasnya, sebanyak tiga notis hadir ke pejabat telah dikeluarkan oleh JIM bagi membantu siasatan.
“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,”katanya.-https://amiminerals.org/