KULIM-Tindakan pantas seorang pemandu kereta memberhentikan kenderaanya sebelum berlari keluar menyelamatkanya dari terbabit dalam satu kejadian kebakaran sebuah kereta di jalan Serdang – Lubuk Buntar,di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.33 petang itu, pemandu kereta jenis Utiliti Sukan (SUV) Peugeot 3008,berusia 38 tahun, berjaya menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serdang,Bandar Baharu, Kedah, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Shahrir Reza Ruslal berkata, sebaik tiba di tempat kejadian didapati api masih marak dan pemandu kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri.
“Anggota bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan satu aliran mula bantu menggunakan air dari tangki jentera bomba.
“Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 4.18 petang, dalam kejadian itu tiada mangsa yang terlibat dan (SUV) itu mengalami kerosakan kira-kira 95 peratus,”katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Menurut Mohd Shahir Reza hasil maklumat difahamkan pemandu terbabit dalam perjalanan dari pekan Serdang menuju ke Parit Buntar. – https://amiminerals.org/