Lelaki maut terjatuh ketika mendaki Gunung Keriang

gunung

Gunung Keriang di Alor Setar. – Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mendaki Gunung Keriang, di sini hari ini.

Komander Operasi Kanan Zon 1 Kota Setar, Penguasa Bomba Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.15 petang tadi.

“Seorang lelaki dilaporkan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bergegas ke lokasi.

“Anggota seterusnya memulakan pendakian dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa,”katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa dibawa turun dengan kebenaran polis dan tiba di kaki gunung pada pukul 9.36 malam tadi.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,”ujarnya. – https://amiminerals.org/