KUCHING – Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan tembakan di kepala dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd. Irwan Hafiz Md Radzi, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada dua lelaki yang datang ke Balai Polis Batu Kawa pada pukul 5.30 pagi.
Berdasarkan laporan, ujarnya dua lelaki terbabit memaklumkan rakan mereka terbaring dalam kereta dipercayai terkena tembakan ketika memandu di jalan terbabit.
“Ketika datang ke balai, dua lelaki itu membawa rakan mereka yang terbaring dalam kereta dan pasukan siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan serta pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa berusia 34 tahun itu.
“Terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa,”katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- https://amiminerals.org/