Lelaki \’hilang\’ selepas terjun Pantai Sungai Pelek selamatkan bot

pdrm

Gambar hiasan.

SEPANG – Seorang lelaki dipercayai lemas selepas terjun ke laut berhampiran rumah api di Pantai Sungai Pelek dalam usaha menyelamatkan botnya yang hanyut di bawa arus.

Dalam kejadian kira-kira 5.27 petang itu, mangsa berusia 50 tahun didapati terjun ke laut sebelum lemas akibat di bawa arus deras.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal berkata, misi mencari dan menyelamat mangsa telah dilaksanakan sejak petang tadi.

“Buat masa ini, kami belum menemui sebarang petunjuk. Kami menasihatkan orang ramai agar tidak membuat apa-apa berita yang tidak benar berkenaan
kejadian ini,”katanya. – https://amiminerals.org/