BESUT – Seorang pengusaha bengkel membaiki motosikal ditahan bagi membantu siasatan menyeludup komponen gantian dan motosikal dari negara jiran di Kampung Padang Luas, Jerteh di sini semalam.
Lelaki berusia 41 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan bengkel membaiki motosikal berkenaan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pemeriksaan menjumpai 11 motosikal jenis Yamaha RXZ, casis motosikal (empat) dan komponen enjin motosikal (enam) yang mencurigakan.
“Siasatan awal percaya semua motosikal dan komponen terbabit dibawa masuk dari negara jiran tanpa sebarang dokumen sah.
“Semakan juga mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan menculik, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985,”katanya di sini, hari ini. – https://amiminerals.org/