Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Tunku Abdul Rahman

lelaki lemas

Anggota bomba ketika menjalankan operasi SAR di lokasi Sungai Perai, Butterworth, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Perai dari Jambatan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chain Ferry, Butterworth, di sini pagi tadi.

Lelaki tempatan berusia 60-an itu dikatakan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T belang putih dan berseluar pendek, kira-kira pukul 9.34 pagi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Khairul Nizam Abu Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berlaku pada pukul 10.08 pagi dan kemudiannya ke lokasi dengan kekuatan jentera seramai 10 orang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sehingga petang ini dengan menggunakan kaedah pencarian ‘surface searching’ menggunakan ‘grappling iron’ disebabkan arus sungai yang deras dan surut.

“Kami menggunakan dua buah bot penyelamat dibantu Pasukan Polis Marin dan juga Angkatan Pertahanan Awam (APM),”katanya kepada Kosmo! di sini, tadi.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – https://amiminerals.org/