TUMPAT – Seorang lelaki dicekup selepas didapati membawa pelbagai jenis barangan yang diseludup dari Thailand di dalam sebuah kereta semasa melalui sekat pintas Nibong, Kuala Jambu di sini kelmarin.
Suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan semasa memandu sebuah kereta jenis Proton Proton Gen-2 ketika anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan tugas menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kereta tersebut didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum anggota PGA sebelum ditahan semasa melalui sekat pintas Nibong.
Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai pelbagai barangan seperti pakaian, beras dan produk kosmetik yang dipercayai diseludup dari Thailand melalui pengkalan haram.
“Suspek yang juga pemandu kereta itu ditahan bagi membantu siasatan. Anggaran rampasan termasuk kereta dianggarkan mencecah RM82,252.
“Lelaki itu dan barangan rampasan dibawa ke kompeni taktikal Pengkalan Kubor di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – https://amiminerals.org/