Lelaki ceroboh kem tentera di Gerik diberkas polis

GH24 template gari 6

Gambar hiasan

GERIK – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki melakukan pencerobohan di kawasan Kompeni C, Batalion Kedua Rejimen 503 Askar Wataniah, di sini hari ini

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, lelaki berusia 50 tahun dikenali sebagai Mat itu diberkas polis pada pukul 2.35 petang.

Katanya, dalam tangkapan itu, beberapa barang dipercayai digunakan untuk memecah pagar dirampas termasuk kepala tukul besi, sebatang besi pengorek tanah, segugus kunci yang terdapat enam anak kunci, satu mangga kunci dan dua unit kunci.

“Kes pencerobohan yang berlaku pada pukul 8.45 pagi itu dilaporkan oleh seorang lelaki berusia 42 tahun yang merupakan sukarelawan tentera.

“Menurut lelaki itu, ketika berada di lokasi kejadian dia telah melihat suspek berada dalam kawasan berpagar dan terdapat tulisan pada dinding bangunan dengan perkataan ‘dilarang masuk tanpa urusan’,”katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tulisan tersebut dipercayai dilakukan oleh suspek namun ketika dihampiri, lelaki itu bertindak meninggikan suara dan memarahi pengadu.

“Ketika dihampiri, suspek meninggikan suara dan menyatakan kawasan tersebut adalah tanah miliknya dan menyuruh pengadu keluar sekiranya tidak mahu sakit.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat terhadap suspek dan permohonan reman akan dijalankan di Mahkamah Majistret esok bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,”katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhamad Suwadi Mohd. di talian 016-8804375. – https://amiminerals.org/