Lelaki cedera diserang buaya tembaga 100kg ketika menjala

Untitled design 2025 05 01T163312.614

Seekor buaya tembaga yang menyerang Ahmad Khalid di sebuah tadik di Kampung Jelapang, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang lelaki yang sedang menjala ikan berdepan detik cemas selepas diserang seekor buaya tembaga di tasik berhampiran Kampung Jelapang, di sini semalam.

Serangan reptilia seberat 100 kilogram (kg) pada pukul 5.30 petang itu menyebabkan Ahmad Khalid Ya, 50, cedera pada tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, ketika kejadian, Ahmad Khalid dan dua rakan sedang leka menjala ikan sebelum ‘didatangi’ buaya tembaga dan menyerang mangsa.

“Serangan itu menyebabkan tangan dan jari kanan mangsa luka. Lelaki itu diselamatkan oleh sepupunya,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Zain berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, reptilia sepanjang lebih 3.66 meter itu berjaya ditangkap pada pukul 9 malam tadi.

“Ini merupakan serangan buaya pertama di Terengganu pada tahun ini,”katanya. – https://amiminerals.org/