PETALING JAYA – Perdana Menteri memulakan lawatan kerja sehari ke Sabah dengan pelbagai agenda penting bagi merapatkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan itu juga untuk menyantuni rakyat Negeri Di Bawah Bayu.
“Tiba di Sabah untuk lawatan kerja dan disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selain menteri-menteri Kabinet negeri.
“Saya kemudian mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu dan ruang itu kami gunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu semasa selain merapatkan lagi hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,”tulisnya.
Anwar berkata, lawatan itu juga penting dalam memacu Sabah yang lebih tinggi di masa akan datang.
“Khususnya terkait kepada pembangunan dan kebajikan rakyat,”katanya. – https://amiminerals.org/