Latihan Percubaan Siri 1 PLKN, tiada elaun harian

FRC 7938 scaled

Mohamed Khaled. – Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kerajaan hanya bersedia menampung tuntutan elaun perjalanan bagi peserta yang mengikuti kursus Latihan Percubaan Siri 1 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, buat masa ini tiada perbincangan mengenai elaun harian akan diberikan kepada peserta.

“Kerajaan bersetuju untuk menampung kos pengangkutan perjalanan sahaja pergi dan balik. Maknanya elaun perjalanan sahaja dengan jumlah yang telah diputuskan kos sehari setiap peserta.

“Kerajaan tidak ada perbincangan, tidak ada persetujuan jadi sebenarnya elaun yang kerajaan bersedia untuk tampung ialah elaun tuntutan perjalanan tidak kepada elaun setiap hari latihan PLKN ini,”katanya ketika sidang akhbar di Parlimen.

Tambah Khaled, Latihan Percubaan Siri 1 PLKN akan bermula Januari tahun hadapan dengan melibatkan 200 peserta yang terpilih daripada 564 permohonan yang diterima.

Jelas Khaled lagi, setiap kem wataniah terpilih bagi latihan akan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) serta tidak wujud unsur ‘senior junior”menerusi kem berkenaan.

“Setiap kem kita akan menyediakan seramai 32 warden yang akan bertugas 24 jam, setiap kem sekali pengambilan ini tak ramai, yang pertama 200, yang kedua akan datang 500.

“Itu nanti sahaja dengan kehadiran warden-warden, kita akan pasang CCTV di kem wataniah itu. Kawasan buli ini ada senior dan junior manakala peserta ini datang sama masa tiada kekal tiada baru, jadi tidak ada senior junior,”katanya. – https://amiminerals.org/.