Lans koperal cedera ditetak suspek kes perbuatan khianat

WhatsApp Image 2024 08 31 at 9.40.41 PM

Keadaan dua belah lengan seorang anggota polis yang cedera akibat ditetak semasa menangkap suspek kes jenayah di Kampung Kijang, Badang dekat Kota Bharu awal pagi tadi. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal cedera kedua-dua belah lengannya selepas ditetak dengan dua bilah gunting pokok semasa menangkap seorang suspek kes jenayah di sebuah rumah di Kampung Kijang, Badang dekat sini awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke rumah tersebut untuk menangkap suspek kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas menerima maklumat mengenai satu kes perbuatan khianat.

Menurutnya, semasa usaha menangkap suspek dijalankan, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu bertindak menyerang pihak polis dengan menggunakan dua bilah gunting pokok yang besar.

“Keadaan itu menyebabkan suspek mencederakan kedua-dua belah lengan salah seorang anggota polis yang terlibat.

“Polis kemudian mengarahkan lelaki itu untuk memberi kerjasama dan menyerahkan diri, namun suspek masih bertindak agresif dengan terus menyerang anggota bertugas secara bertubi-tubi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Ali memberitahu, dalam usaha untuk mempertahankan diri dan keselamatan awam, polis bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah paha kiri suspek.

Menurutnya, lelaki itu kemudian berjaya ditangkap sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut.

“Suspek ketika ini berada dalam keadaan stabil dan ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga 5 September depan,” ujarnya.

Mohd. Ali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam.

Tambahnya, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan siasatan lanjut masih dijalankan. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *