Laksamana Shamsudin mula tugas Timbalan Panglima Tentera Laut hari ini

WhatsApp Image 2024 11 19 at 5.53.51 PM 1

Shamsudin ketika memulakan tugas di Wisma Pertahanan hari ini.

PETALING JAYA – Laksamana Madya Datuk Shamsuddin Ludin memulakan tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut hari ini.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan berkata, ketibaan beliau ke Wisma Pertahanan telah disambut Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Laksamana Muda Badarudin Taha dan Asisten Ketua Staf Pentadbiran, Laksamana Pertama Kamaruddin Omar serta barisan pengurusan tertinggi Markas Tentera Laut.

“Laksamana Madya Datuk Shamsuddin sebelum ini telah memegang jawatan Panglima Armada Barat mulai 18 Oktober 2023.

“Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Pegawai Kanan Skuadron Penangkis Periuk Api Ke-26 semasa beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD Mahamiru dan Pegawai Kanan Skuadron Frigat Ke-23 ketika beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD Jebat.,”jelas kenyataan tersebut hari ini.

Selain itu, Shamsuddin pernah memegang jawatan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Laut dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Dari sudut akademik, Shamsuddin telah memperolehi Ijazah Sarjana dalam Pengurusan dan Kajian Pertahanan dari Universiti Canberra, Australia dan Ijazah Sarjana dalam bidang Maritime Studies dari Universiti Wollongong, Australia.

“Beliau juga telah menamatkan pengajian Command and Staff College di Australia serta Naval Command Course U.S Naval War College di Rhode Island.

“Beliau telah menerima anugerah Pakar Keselamatan Siber Tahun 2021 oleh Cyber Security Malaysia sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan dan inisiatif beliau dalam bidang keselamatan siber.

“Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universiti Teknologi Mara dan juga diiktiraf sebagai Profesional Teknologis oleh Lembaga Teknologis Malaysia,”jelas kenyataan itu lagi. – https://amiminerals.org/.