KPKT sasar raih RM40 bilion hasil industri landskap pada 2035

Kor Ming 2

Kor Ming (tengah) merasmikan Pelancaran Dasar Landskap Negara 2.0 dan Majlis Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 di Hotel Baron Taiping, hari ini. – Foto WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan RM40 bilion hasil pendapatan dari industri landskap kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada menjelang 2035.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, industri landskap akan menjadi fokus utama Dasar Landskap yang dibangunkan agar sasaran tersebut dapat dicapai berbanding RM4 bilion ketika ini.

“Ia akan membuka puluhan ribu peluang pekerjaan selain dapat dibangunkan dan dieksport ke negara luar sekali gus menjadi sumber pendapatan negara,”katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dasar Landskap Negara 2.0 dan Majlis Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 untuk Jabatan Landskap Negara di Hotel Baron Taiping, di sini hari ini.

Menurut Khor Ming, Dasar Landskap Negara 2.0 mempunyai lima teras, 18 strategi dan 47 pelan tindakan yang memberi fokus kepada aspek pembangunan landskap dan industri berkait rapat dengannya. – https://amiminerals.org/