KPKT laksana 6,611 projek pembangunan dan infrastruktur

WhatsApp Image 2024 12 27 at 3.39.43 PM 1

Kor Ming, bergambar ketika hadir pada program Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 di Meru Raya, Ipoh. – Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya melaksanakan 6,611 projek pembangunan dan infrastruktur untuk rakyat tahun ini dengan peruntukan hampir RM1 bilion.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan itu meliputi 20 projek berskala besar dan 3,697 projek berskala kecil selain sebanyak 357 projek pembangunan gerai dan kiosk serta satu projek pendigitalan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, sebanyak 362 projek pula dilaksanakan di bawah Inisiatif Belanjawan 2024 meliputi peningkatan tahap kesihatan gerai atau warung kecil sebanyak 87 projek, sistem perparitan dan longkang (93) dan penyelenggaraan kolam takungan banjir (182).

“Di samping itu juga, KPKT turut menaik taraf infrastruktur awam dan bina baharu di kawasan Kampung Baru Cina melibatkan 2,168 projek dan geran pembangunan sosioekonomi dengan enam projek.

“Secara keseluruhan, projek bagi kerajaan tempatan paling banyak dilaksanakan tahun ini iaitu 6,611 projek melibatkan peruntukan sebanyak RM993.73 juta atau hampir RM1 bilion berbanding tahun lalu dengan 5,196 projek pembangunan,”katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 di Meru Raya di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, di bawah peruntukan projek-projek pembangunan KPKT bagi tahun ini, sebanyak 107 projek melibatkan peruntukan RM168.7 juta telah dilaksanakan di Parlimen Tambun.

Katanya, Parlimen Tambun telah menerima 55 projek di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan bernilai RM17.02 juta. – https://amiminerals.org/