Kon Yeow sahkan tidak bertanding pemilihan DAP Pulau Pinang

WhatsApp Image 2024 09 04 at 4.26.24 PM

Kon Yeow menunjukkan surat pencalonan yang diterima daripada DAP Pusat.

GEORGE TOWN – Selepas sekian lama berteka- teki, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akhirnya mengesahkan beliau tidak bertanding pada pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang akan berlangsung 22 September ini.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri berkata, beliau menerima surat makluman pencalonan daripada DAP Pusat pada 27 Ogos lalu, namun memutuskan untuk tidak bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan kali ini bagi memberi laluan kepada muka-muka baharu memimpin parti itu.

“Seperti amalan saya, saya akan cakap apabila sampai masa yang terbaik. Saya telah menerima surat daripada DAP Pusat mengenai pencalonan saya untuk bertanding dalam pemilihan jawatankuasa negeri, namun setelah dipertimbang, saya telah memutuskan untuk tidak menerima pencalonan berkenaan,”katanya dalam sidang akhbar, di Komtar di sini hari ini.

Kon Yeow yang juga Naib Presiden DAP Kebangsaan berkata, ini adalah masa yang sesuai untuk membuat keputusan berkenaan memandangkan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu nanti mempunyai lebih masa untuk memimpin parti itu.

Selain itu, katanya, apabila dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas pilihan raya negeri pada tahun 2023, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook telah mengarahkannya untuk menyediakan pelan peralihan kepimpinan.

Dalam pada itu, katanya, ketika ditanya bagaimana dengan jawatan Ketua Menteri yang disandang beliau ketika ini selepas beliau memutuskan untuk tidak bertanding pada pemilihan, Kon Yeow berkata, perkara itu akan diputuskan oleh parti. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *