KKM akan umum hasil siasatan perigi di Rembau

PERIGI PERIGI REMBAU

Dzulkefly

JITRA –  Kementerian Kesihatan akan mengumumkan hasil siasatan ke atas pengusaha rawatan yang mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan menggunakan air perigi di sebuah tapak perkhemahan di Rembau, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan membuat penjelasan dan dapatan daripada hasil siasatan tersebut yang diharapkan dapat menyelesaikan sebarang kekeliruan berhubung dakwaan itu.

“Kita akan membuat penjelasan dan dapatan hasil siasatan dalam waktu terdekat. Saya ingat sangat mustahak untuk kita sentiasa merasa bahawa ‘kecelikan’ sangat penting.

“Jangan mudah-mudah sama ada orang Melayu atau bangsa yang lain…jangan mudah sangat  dipermainkan,” katanya ketika ditemui selepas hadir di Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) di Bandar Darul Aman di sini hari ini.

Dzulkefly yang juga Naib Presiden Amanah itu mengulas tentang sebuah perigi di Rembau yang didakwa mampu memberi manfaat kesihatan kepada individu menghidap pelbagai penyakit termasuk strok menerusi teknologi rawatan khas. – https://amiminerals.org/