Kilat memancar ketika langit berwarna ungu

Geli kilat2

KILAT memancar ketika langit berwarna ungu di London. – Foto MetWatch/X

LONDON  – Satu rakaman video dramatik menunjukkan kilat yang memancar ketika  langit berwarna ungu dalam fenomena alam semula jadi di London,  lapor portal berita Daily Express semalam.

Kejadian awal pagi semalam menyaksikan langit ibu kota Britain itu gelap secara tiba-tiba dan bertukar menjadi warna ungu diikuti petir serta kilat sabung menyabung.

Rakaman video itu disiarkan dalam komuniti Metwatch di platform X bersama keterangan gambar: “Sambaran petir paling hampir di London pagi ini, gila!”

Sebelum ini, Pejabat Meteorologi memberi amaran bahawa hujan lebat dan petir akan berlaku di kawasan pantai di selatan Britain kelmarin dan bahagian utara keesokan harinya.

Timbalan Ketua Pejabat Meteorologi, Dan Harris berkata: “Ramalan untuk hujung minggu ini datang dengan ketidakpastian.

“Ini disebabkan corak cuaca  yang lebih kompleks daripada biasa,” katanya. –  AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *