Ketua balai polis minum \’jus\’ dadah dicekup ketika berhibur

gari

Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang ketua balai polis dicekup selepas didapati positif dadah ketika sedang berhibur di sebuah pusat karaoke di Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu.

Penahanan ke atas lelaki berusia 43 tahun itu dibuat susulan pemeriksaan mengejut oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman kira-kira pukul 5.05 petang.

Pegawai kanan berpangkat inspektor itu dipercayai mengambil dadah melalui minuman jus yang dibekalkan seorang individu di pusat hiburan berkenaan.

Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin, dan benzo.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi, hari ini.

“Kes disiasat Polis Kontinjen Selangor dan suspek direman dua hari di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya. – https://amiminerals.org/