Kerjasama Mara-HRD Corp bantu penempatan latihan industri pelajar

Asyraf Wajdi 1

Asyraf Wajdi mengadakan perbincangan dengan HRD Corp mengenai inisiatif penempatan pelajar-pelajar daripada 344 Insitusi pendidikan Mara.

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengadakan perbincangan strategik bersama HRD Corp mengenai inisiatif penting penempatan pelajar-pelajar daripada 344 insitusi pendidikan Mara.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbincangan strategik itu diadakan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HRD Corp, Datuk Wira Shahul Hameed Shaik Dawood dan pasukannya.

“Petang ini mengadakan perbincangan strategik antara Mara dengan HRD Corp yang diketuai oleh CEO, Datuk Wira Shahul Hameed Shaik Dawood dan pasukannya di pejabat saya di WTC.

“Antara inisiatif penting adalah untuk memastikan penempatan pelajar-pelajar daripada 344 insitusi pendidikan Mara,” katanya di hantaran Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi memberitahu, inisiatif tersebut terutamanya untuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Institut Jerman-Malaysia (GMI), Mara Japan Industrial Institute (MJII) dan GiatMara.

“Perbincangan ini juga untuk Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Profesional Mara (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Kolej Mara (KM).

“Para pelajar akan dilibatkan dengan 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corp di bawah program Latihan Industri yang dibiayai sepenuhnya oleh HRD Corp,” terangnya.

Tambah beliau, bukan itu sahaja, latihan-latihan dan program akademik terutamanya lebih 2,000 Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang disediakan oleh Institusi-Institusi pendidikan Mara akan dimantapkan dengan modul, kepakaran dan teknologi terkini daripada pihak industri.

“Ia bagi memastikan graduan-graduan Institut Pendidikan Mara (IPMa) akan lebih berdaya saing dengan tahap kemahiran seiring dengan keperluan industri.

“Insya-Allah, satu perjanjian kerjasama akan ditandatangani dalam masa terdekat. Ini merupakan satu ‘game changer’ penting untuk agenda pemerkasaan anak bangsa,” katanya.- https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *