Kerajaan tuntut tindakan serius Jakim banteras ajaran sesat

WhatsApp Image 2024 09 24 at 5.15.08 PM

Anwar (dua kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan barisan pegawai tertinggi Jakim, hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan menuntut tindakan bersepadu Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan agensi penguat kuasa bagi menyiasat serta membanteras segala aliran menyimpang sehingga ke akar umbi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Madani mengambil serius perkara seumpamanya yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia.

“Moga Allah melindungi kita serta negara daripada sebarang ancaman yang menyimpang, selain boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat kita,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama pegawai tertinggi Jakim, hari ini untuk berbincang beberapa perkara tentang hal ehwal Islam di Malaysia.

Jelasnya, pertemuan itu penting dalam mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya mengenai prospek ekonomi dalam sektor halal dalam dan luar negara.

“Pertemuan ini turut menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ia menagih kebersamaan antara agensi Persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia,”katanya di Facebook. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *