Kerajaan Persekutuan umum RM600 juta pemberian khas buat Sabah, Sarawak

photo 2024 09 13 09 27 11

Fadillah ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di SICC, Kota Kinabalu semalam. Foto IVAN AMIRUL/KOSMO!

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan mengumumkan kenaikan sekali ganda kepada RM600 juta daripada RM300 juta mulai tahun depan sebagai pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pengumuman itu sepatutnya diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2025 tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu lebih awal pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 petang semalam.

“Peruntukan khas kepada Sabah dan Sarawak masing-masing diberikan RM300 juta pada tahun lalu. Bagaimanapun, jumlah ini hanya bayaran interim kerana formula pembayaran belum dapat dimuktamadkan.

“Kini bayaran interim terbabit dinaikkan kepada RM600 juta bermula pada 2025. Perdana Menteri mengumumkannya pada mesyuarat tadi,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat MTPMA63 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) semalam.

Dalam pada itu, Fadillah menyatakan pembayaran khas interim kepada Sabah dan Sarawak sepatutnya dikaji setiap lima tahun sekali, namun Perdana Menteri membuat keputusan menaikkan jumlah itu lebih awal.

“Kita juga masih mencari jalan untuk mendapatkan formula bagi pembayaran khas untuk kedua-dua negeri. Apa yang penting kita ucap terima kasih sebab ada kenaikan. Ia lebih untuk membantu Sabah dan Sarawak, bagaimana digunakan terserah kepada Sabah dan Sarawak,” katanya. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *