Kerajaan perlu fokus ekonomi perak, teroka potensi warga tua

WhatsApp Image 2024 12 11 at 6.23.25 PM

Johan Mahmood ketika berucap pada Majlis Anugerah MyPesara 2024 di The Everly Hotel, hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan komited dalam memperkasakan ekonomi perak (silver economy) bagi meneroka potensi warga tua sebagai salah satu pemacu ekonomi yang boleh diteroka.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, semua sedia maklum bahawa warga emas sangat terdedah dengan risiko kemiskinan disebabkan tiada pendapatan tetap selepas bersara.

Justeru, katanya, semua pihak perlu berbanding bahu dalam merancakkan ekonomi perak, sekali gus merangka pelan tindakan komprehensif sebagai persediaan beralih menjadi negara menua pada masa akan datang.

“Malaysia kini berdepan dengan negara menua, namun peningkatan populasi warga emas boleh membentuk segmen yang besar dalam ekonomi dan sewajarnya diberikan tumpuan yang menyeluruh.

“Golongan yang dahulunya bekerja dan mempunyai berbagai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang yang berbeza, tidak lagi mempunyai platform untuk memanfaatkan kepakaran mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican pada Majlis Anugerah MyPesara 2024 anjuran Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] di sini petang tadi. – https://amiminerals.org/